Pos Gold-i adalah produk emas digital daripada Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd. Pos Gold-i bercirikan emas tulen 999.9 atau 24k, yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA).
Setiap emas digital yang dimiliki adalah patuh shariah. Emas fizikal sebenar disimpan dengan keselamatan terjamin di dalam peti besi yang disediakan oleh wakil penyimpan emas kami. Dengan Pos Ar-Rahnu Gold, anda boleh menabung dan melabur emas tanpa perlu risau tentang keselamatan aset emas anda.
Emas digital adalah pelaburan dan penyimpanan aset secara elektronik yang bersandarkan emas fizikal tulen 999 (24 karat). Ia adalah kaedah yang paling mudah dah kos efektif di mana pelabur membeli hanya di hujung jari dengan kemudahan bayaran platform perbankan secara atas talian.
Aksesibiliti
Emas digital membolehkan individu untuk membeli, menjual, dan memiliki emas dengan mudah pada bila-bila masa, 24 jam secara langsung tanpa perlu risau mengenai penghantaran atau penyimpanan fizikal. Ia memudahkan pelanggan melabur dalam emas, terutamanya bagi mereka yang mungkin tidak mempunyai akses kepada pasaran emas konvensional atau menghadapi batasan logistik.
Mudah ditukarkan kepada tunai atau fizikal
Emas digital mudah untuk ditunaikan kepada nilai matawang pada bila-bila masa dan akan dikreditkan terus ke akaun bank pengguna. Pengguna juga boleh menukarkan emas digital kepada emas fizikal dengan caj penukaran yang berbaloi berbanding membeli emas fizikal secara langsung pada harga runcit.
Keselamatan 24/7
Emas digital mengurangkan kebimbangan berkaitan dengan penyimpanan emas fizikal seperti kecurian, rompakan, atau kehilangan. Setiap gram emas digital yang dibeli akan dijamin oleh pembekal perkhidmatan dengan stok 999 (24K) emas fizikal (Stok Penimbal) yang memenuhi syarat pematuhan shariah.
|
|
|
|
|
|
Emel
[email protected]
No Tel
03 2267 2267
Alamat
Pos Ar-Rahnu Sdn.Bhd.Level 7, Pos Malaysia Berhad Headquarters Dayabumi
Complex 50670 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi (laman web)
8:30 pagi sehingga 11:59 malam setiap hari.